Perpisahan [Last part]

Assalamualaikum,



بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

image by google


Perpisahan, bukan pengakhiran bagi segalanya. 
Perpisahan, boleh jadi permulaan bagi segalanya. 

Kerana, 

Perkataan 'pergi' itu akan menjadi satu alasan seseorang untuk kembali. Jika bukan kamu yang kembali, aku yang akan kembali. Kembali menjalani semuanya sendiri. Kembali menjalani semuanya tanpa ditemani kamu di sini dan kembali untuk jatuh cinta lagi. 

Perpisahan ini adalah sebuah rencana, perpisahan in jugalah tujuannya. Jangan menyesal, sebab telah banyak kita pelajari sepanjang perkenalan ini. Yang pada akhirnya kita tahu bagaimana saling menjaga hati, meskipun yang menjaga belum tentu selamanya ada. 

Aku pernah bahagia, kerana kamu. Aku pernah kecewa, kerana kamu. Kita juga pernah tertawa dengan alasan yang sama juga sederhana. Kita pernah menangis saat ditimpa masalah. Kita pernah ada, sebab itu adalah ceritera yang tercipta dalam kehidupan sepanjang bersama. 

Kini, kita telah memilih langkah yang berbeza. Dan ini bukan beerti yang kita tidak akan bertemu lagi nanti. Hidup ini kan seperti roda? Meskipun kita berbeza arah, tapi kita semua punyai tujuan yang sama. 

Bila nanti Tuhan pertemukan kita di persimpangan, janganlah antara kita malu untuk menyapa, walaupun hanya untuk bertanyakan khabar dan berbicara luarannya. Jangan sesekali antara kita bertanya, "siapa yang sedang kita bahagiakan saat ini?". Kerana kita berhak untuk bahagia, dengan cara kita sendiri. 

Bahagia mungkin tidak pada saat ini, tapi nanti. Pasti. 

Bila saat itu nantinya terjadi, pastikan kita bersama orang orang yang telah ditakdirkan dan tersenyumlah. Saat itu, aku tahu aku ada alasan yang kukuh untuk tidak menangis lagi kerana perpisahan. 

Dan aku tahu, 

Yang bernama nya manusia itu, terkadang Allah takdirkan bertemu dengan manusia lain hanya sekejap. Cukup untuk mencipta serangkap kenangan sebagai penyambung rindu di kemudian hari nanti. Jadi, biasa biasakan lah dalam hati untuk menerima kunjungan yang tidak kekal. 




May Allah bless, 

Perpisahan

Assalamualaikum,


بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

image by google


Dinginnya tangisan sendu, seirama dengan detak jantung itu.

Kamu fikir semua perpisahan yang sakit ini hanya mimpi buruk? Yang ketika kamu bangun, semuanya akan hilang dalam ingatan. Tapi ternyata tidak. Ini masih sakit yang sama. Yang jelas terasa pada setiap kali kamu hembuskan nafas. 

Kamu fikir, mungkin ada seseorang di luar sana akan senang dengan perpisahan ini atau mungkin juga kerana kamu tidak pernah mendapat tempat di dalam hatinya walau sedikit pun. Tidak mengapalah jika hari ini, senyuman kamu tidak lagi ada. Tidak ada guna nya. Tidak ada beza nya. Tanpa kamu, dia pasti akan baik baik sahaja. 

Tapi, 

Tidak sama dengan aku. Tidak akan pernah sama. Rasa yang aku pendam sendirian. Yang aku pertahankan sehingga saat ini. Yang selama itu pula aku fikir selalu ada harapan, dan pada akhirnya terpaksa aku bunuh dan kuburkannya sendiri. 

Tidak ada lagi kesinambungan ceritera yang boleh aku ceritakan secara lisannya selain coretan aksara di sini. Kerana ketika semesta meminta waktunya, aku tidak akan mampu memaksa siapa siapa. 

Mungkin, perpisahan adalah satu satunya pilihan untuk bertahan. 

Semoga kamu bahagia. 


May Allah bless, 


Assalamualaikum,


image by google


Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin. 


On this blessed and holy month of Ramadhan, Saya ingin meminta maaf kepada semua andai ada terkasar bahasa, tersilap kata, termarah apa apa, dan segala yang buruk dari saya mohom dapat dimaafkan. Segala yang buruk adalah dari saya, dan segala yang baik adalah dari Allah swt. 

Untuk kesayangan,

Minta maaf untuk semua. 
I might lost myself along the way, but until today I still struggle searching back myself and try to be better, in shaa Allah :) It's ain't easy to fight against yourself. For something that I really want, but I can't reach. For the one that I need, but I can't have. 
You're meant for someone that much more need you. Your support, your kindness, your positiveness, your softness, and everything in you. You yourself is beautiful. He pour all to you, for you to spread and share to those people around you and to someone for you to walk with towards Him. And for someone that you really need.
Don't be afraid to show your love to them. Do something that makes you happy. As I'm happy when knowing you're happy. Even I can't see you, but I know He hears all my dua and every unspoken words for you. And He hears yours too. 

Peace

Assalamualaikum,



image by google

I found myself praying for peace today,
I've been in and out of my mind a thousand times,
I know You heard me.
I know I wasn't alone in that room.

The Purpose

Assalamualaikum,



image by google


We must realize that nothing happens without a purpose. Nothing. 

Not even broken hearts. Not even pain. That broken heart and that pain are lessons and signs for us. They are warnings that something is wrong. They are warnings that we need to make a change. Just like the pain of being burned is what warns us to remove our hand from the fire, emotional pain warns us that we need to make an internal change. We need to detach. Pain is a form of forced detachment. 

And pain is a pointer to our attachments. That which makes us cry, that which causes us the most pain is where our false attachments lie. And it is those things which we are attached to as we should only be attached to Allah which become barriers on our path to God. The pain creates condition in our life that we seek to change, and if there is anything about our condition that we don't like, there is a divine formula to change it. God says; "Verily never will God change the condition of a people until they change what is within themselves." (Qur'an, 13:11)


Yasmin Mogahed 


May Allah bless

Grateful is matter.

Assalamualaikum,



بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

image by google

To live well, you just gotta face it, remember Allah is always there, learn to love yourself and appreciate others and simply, be grateful for whatever you have. And this to remind myself too and all of us. Life can be so difficult, people can be too cruel, duniawi can be such a big liar, but to remember where we came from, muhasabah where we stand, believe in being istiqamah will always give us something better. Allah will definitely guide us. Learn to love yourself, you are worth it and we might have what others don't and others might have what we don't. But at the end, being grateful is matter. That is what Allah counts, and always make us feel, what we have is more than enough 


May Allah bless,

Always last minute friends !

Assalamualaikum,


بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

image by google

Kita kenal starting awal sem degree. Macam mana boleh bertegur serius tak ingat! HAHA . A personn yang kita boleh nak share anything. Like anything. Menangis sama sama. First time dia menangis paling tak boleh lupa. Hampir sampai ter-sedu juga la. Berdua dekat rumah sewa, cerita cerita boleh sampai menangis. I'm a person yang susah nak nangis depan orang, buutttt once dah pernah nangis depan orang tu, means I can share everything with them. If nangis sorang sorang time memalam tu, and she heard, dia tak akan tegur why and why. Lepas beberapa hari bila dah nampak okay sikit then she will ask bertubi tubi. HAHA She understand my mood verryyyyyy well ! Dia tahu bila mood saya tak okay, then dia tak akan bercakap. (I think hampir semuaorang yang kenal pun tahu my bad mood macam mana) tapi lama lama, I will be okay by my own. No harm. Serious. Dia kelakar, dia tahu bila nak buat saya ketawa. Dannnnn somehow, she kind of knows bila saya tengah sedih. And dia akan tanya, if I want to share anything with her. Even though, sayang kan dia but I can't be with her like forever. I can't stay with her, eat together,  masak sama sama (she's a good cooker), tidur sama, basuh baju, sidai baju, like semua pun hampir buat sama sama. mencari masa menghilangkan diri, fikir pasal orang lain, and etc. Dia ada hidup sendiri yang perlu dia jalani. And I have my own too. sampai bila nak kena harapkan orang lain kan. Walaupun dia annoying tapi dia terbaikkkkk !


Kenal for few months. Awal awal macam tak berapa nak huha huha sangat dengan dia ni. she said; I look pendiam. (Emmm dia belum tahu lagi masa tuu) then after a long time, she said I'm annoyingg ! HAHAH tu dah keluar aura sebenar.(dia pun wayy too annoying juga sebenarnya) a longgggg the way, banyak luangkan masa juga dengan dia. Like waktu exam, weekends, study week selalu la dengan dia. sebab kami jarang balik. Dia akan cakap je apa yang dia nak cakap. and bila dia bagi nasihat, likee wow ! sangat dewasa HAHA nampak la kedewasaan nya tu :p Nampak kasar tapi actually hati tisu plastik juga la, A night before my last paper, I ask her samada dia senang tak nak nangis. And she said, depend dengan situation. So, I assume yang dia memang jenis susah nak menangis la. Plus, tak pernah lagi nampak dia menangis, and when the day comes, never taught that she will bec cryingg. dan sebab diaaa juga la saya menangis all the way nak pergi exam. She gave me a letter, selitkan kat laptop. bila baca tuu, I'm crying again. First time, she saw me crying time study week. HEHE I did. 

Every moment yang kitaorang spent, tak pernah rasa terbazir pun. Even plan semua last minute, tapi yang last minute tu la yang fun and menjadi. I can't go back to those moments. We had our time together. Dua hari yang lepas, both of them Whatsapp me on the same day. Hopefully dapat jumpa in a mean time ni. Jalan jalan IOI lagi mungkin? :) Ada satu malam tu, I'm crying like really really really bad because I miss people who had been part of my life, including both of them. Bad habit of mine; I will cry when I miss someone.

Both of you will have a good life and kita doakan yang baik baik untuk korang. Thanks for being with me. For marah marah, perli perli, and everything! HAHA I can't give appreciation speech depan depan la haha this all I can do. tahuu, this will not make you guys cry, tapi semua nya dari hati beb. Ingat, 5 tahun nanti ya.!



May Allah bless, 

Takdir itu.

Assalamualaikum,


بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

image by google

Takdir Tuhan tak pernah salah. Perancangan Tuhan lebih baik. Kita hanya seadar merancang. Selebihnya hanya ada Dia. Berserah lah, bertawakal lah, dan redha lah. Redha itu bukan sekadar kata. Tapi harus hadapinya dengan menerima ketentuan Nya. Allah tak pernah salah percaturan. Walaupun kadangkala nampak salah di mata kita, suatu hari kita akan faham semua takdir Allah.



May Allah bless

Tahun 2015

Assalamualaikum,



بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ

image by google 


Terhimpunkan pelbagai pengajaran 
Menjadi dewasa memandang kehidupan 

Dan sekarang, aku belajarkan 
Antara dua sisi pilihan; 

Melupakan dan menjadikan kenangan 
Aku memilih untuk melupakan 

Kerana ternyata menyimpan kenangan
Jauh lebih menyakitkan 

Yang akan selalu mengingatkan 
Pada sesuatu yang menjadi harapan 

Aku membenarkan katamu teman;
Ujian perasaan yang diberikan Tuhan
Akan selalu menuntut pengorbanan

Tuhan, 
Moga tahun ke hadapannya 
Setiap tulisan sedih akan berakhir 

Aku menyimpan harapan kisah gembira 
Selepas ini akan sentiasa hadir 

Ketika satu persatu mereka pergi 
Aku belajar mana yang lebih mengerti 




pencarituhan


May Allah bless, 


Ada waktunya;

Assalamualaikum,




بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ


image by google


Ada waktunya 
Kita tak perlu terlalu dengar apa orang kata tentang kita 
Mereka tidak berjalan dengan kaki yang sama. 
Mereka tidak merasa betapa sempit atau longgar nya kasut kita 

Ya, Perjalanan hidup setiap manusia itu berbeza
Kadang cerah tanpa hujan, kadang dilanda ribut taufan. 
Tetapi akhirnya nanti pasti akan hadir pelangi yang memberikan senyuman. 

Ya. mulut manusia tak akan mampu kita tutup agar bicaranya terhenti. 
Melainkan hanya lidah itu sudah kelu dan mati. 

Ada kalanya juga, 
Kita cuma perlu pekakkan telinga, pejamkan sahaja mata
Bayangkan wajah wajah orang yang kita cintai; kedua ibubapa dan keluarga 
Juga sahabat sahabat yang sudi meminjamkan telinga dan bahu untuk kita meluahkan rasa

Tarik nafas dalam dalam, hembuskan perlahan lahan. Istughfar dan berdoalah 

Bangun dan teruskan sahaja perjalanan kehidupan kita hingga ke penghujung usia. 
Kerana di hadapan sana masih banyak jalan jalan bahagia yang belum kita jumpa. 


Pencari Tuhan 

May Allah bless,