kisah Kampung Mang 2

Assalamualaikum

image by google

dah dekat seminggu stay sini. memang best la ! tidur memang tak akan terganggu punya. lena habis. makan pun macam macam makcik buat. rasa segan gi-la. dah la menumpang then makcik masak macam macam pula. dah la sedap, makan macam kat PLKN 6 kali sehari :)

dah puas dah pusing satu kampung ni. kedai runcit pun dah singgah, wajib tu. pakcik bawa jalan jalan pergi kebun. tp Addin tak dapat nak ikut sebab ada masalah kesihatan. kecewa tak boleh nak ikut. kawan sy kata best pergi kebun. besar & macam macam ada. dorang pergi cabut keladi & ubi. wahh rugi tak dapat pengalaman macam tu.

tapi petang dapat minum air teh susu panas plus keladi goreng. first time sy makan ! lalala :) selama ni susah nak jumpa keladi goreng. sedap sangat sangat ! then ada dessert. nenas dari kebun juga. manis sangat nenas tu. sy memang suka makan nenas, tapi nanti makan banyak mula la nak lidas. oleh kerana memang dah lama tak makan nenas, bedal juga la. bila lagi nak dapat peluang makan nenas kat kampung nan indah ni kan.

hemm mesti lepas ni rindu sangat. takda lagi dah nak rasa relax macam ni. bila lagi la boleh datang sini lagi. kampung sendiri tak sama dengan kampung tempat orang kan. tapi ni la pengalaman yang paling best. adik adik kat sini pun mesra je. ada sorang tu panggil Addin Nur Kasih,macam watak tu. HAHA macam takda kena mengena langsung. lepas ni takda dah nak minum petang air teh panas cecah biskut gula lagi :'(


May Allah bless